Monday, August 15, 2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2011


Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan GOOD LUCK kepada pelajar tingkatan tiga yang sedang menjalani peperiksaan percubaan PMR 2011. Semoga anda dapat menjawab soalan dengan tenang dan yakin. Keikhlasan anda menuntut ilu akan memudahkan anda terus berjaya dalam pelajaran anda. Ingatlah jasa guru yang mengajar, jasa ibu yang melahirkan dan membesarkan dan ayah yang mencari rezeki untuk keselesaan kalian. Mereka semua tidak mahu dibalas apa-apa kecuali kejayaan yang memberi jaminan masa hadapan yang cerah kepada anda sendiri. Anda yang menentukan ke mana anda selepas ini. Tetapi, anda tidak keseorangan, mereka semua ada di sisi anda untuk membantu. Yang paling pasti, teruskan bermunajat kepada Allah agar anda sentiasa diberi kekuatan dan terus diberi kesempatan untuk menuntut ilmu dan menikmati keindahan ciptaanNya di bumi yang luas ini.

~ SeMoGa BeRjAyA ~

PAMERAN KERJAYA 2011

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Sudah lama tidak menulis di blog ini. Hingga tertinggal aktiviti UBK yang ingin dikongsikan bersama. Pada 12 Julai 2011 yang lalu, satu Pameran Kerjaya SMKTS 2011 telah berlangsung di Dewan Sri Sutera. Kumpulan sasaran pameran ini adalah pelajar tingkatan tiga, empat dan lima. antara objektif pameran adalah memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan peluang melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi, memberi keyakinan kepada pelajar berkaitan hala tuju selepas sekolah menengah dan mewujudkan suasana toleransi antara peserta. Walaupun tidak banyak IPT yang dapat hadir membuat pameran namun, para peserta mendapat input yang berguna daripada 5 pameran yang ada iaitu daripada Gemilang Motor Academy, Sunway College, Olympia College, IPD Johor Bahru Utara dan pameran serta jualan buku. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pameran ini. Semoga usaha yangg dijalankan terus mendapat sokongan daripada semua pihak.