About UBK SMKTS

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sutera
Jalan Pahlawan 4, Taman Ungku Tun Aminah
81300 Skudai, Johor


UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK TAMAN SUTERA

BARISAN PENTADBIR 

Pengetua
PN ROGAYAH BINTI MOHAMED

Penolong Kanan 1
PN SURINDER KAUR A/P GURBAX SINGH

Penolong Kanan HEM
TN HJ AB KARIM BIN YAHYA

Penolong Kanan Kokurikulum
EN MOHD AYOB BIN ABDUL WAHAB

Penolong Kanan Pendidikan Khas
EN HAMZAH BIN OSMAN

GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PN SYARFA' SYAZANA BINTI SALAMAL

EN MOHD NOOR KHIRUDDIN BIN MOHD ARIS

VISI DAN MISI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK TAMAN SUTERA

VISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015.

MISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

·         Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
·         Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek (IQ), emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia (SQ).
·         Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
·         Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
·         Memberikan  pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
·         Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid.

 



OBJEKTIF UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK TAMAN SUTERA

  1. Merancang, menyelaras, mengawal dan menilai pekhidmatan dan aktiviti bimbingan dan kaunseling ke arah mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  2. Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri murid dengan menyediakan peluang, kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi murid.
  3. Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindari murid daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah, merokok, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan perbuatan anti sosial yang lain.
  4. Memberi khidmat bersifat pemulihan dengan tujuan mengorientasikan semula murid yang bermasalah supaya mereka mampu menghadapi dan mengatasi masalah sendiri.
  5. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid yang memerlukan.
  6. Memberi perkhidmatan ke arah pembangunan dan memajukan sekolah dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum.
  7. Menyediakan perkhidmatan dari segi akademik, psikososial dan kesejahteraan mental, kerjaya, keibubapaan dan pembangunan murid kepada semua murid.
    Banyak yang menarik ada di Unit Bimbingan Dan Kaunseling
    BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING
    Banyak maklumat yang boleh anda perolehi di sini....
    PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
    Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diberikan secara percuma kepada semua pelajar SMK Taman Sutera. Perkhidmatan ini meliputi pelbagai bidang. Bukan pelajar yang bermasalah sahaja yang boleh mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah untuk SEMUA.
    Anda mampu mengubah diri anda kepada yang lebih baik jika anda mahu. Kami sedia membantu.