Thursday, April 14, 2011

MOTIVASI DAN AKUJANJI PMR DAN SPM 2011
















PROGRAM MOTIVASI DAN AKURJANJI PMR 2011


































PROGRAM MOTIVASI DAN AKURJANJI SPM 2011

Program Motivasi Dan Kurjanji PMR dan SPM adalah siri program motifasi fasa pertama yang melibatkan semua pelajar calon PMR dan SPM 2011 SMK Taman Sutera. Program ini dijalankan pada ketetapan berikut:
PMR : 28 Januari 2011
SPM : 4 Mac 2011
Tempat : Dewan SMK Taman Sutera
Masa : 8.00 pagi hingga 12.10 tengah hari
Penceramah : Meps Capital

Antara objektif yang ingin dicapai melalui program ini adalah:
  1. Membantu pelajar supaya mendapat keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan PMR 2011.
  2. Menerangkan kepada pelajar tentang program-program yang akan diatur dan dijalankan oleh pihak sekolah untuk peningkatan akademik pelajar.
  3. Memberi dorongan kepada pelajar supaya berusaha secara maksimum untuk mendapat keputusan yang terbaik.
  4. Mewujudkan kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar ke arah membentuk kecemerlangan akademik calon PMR 2011.
Aktiviti yang dijalankan untuk Program Motivasi PMR
                  Ceramah Motivasi PMR oleh En Mohd Nasrullah Bin Hj Sumadi daripada Meps Capital.
o   Memberikan tips-tips menjadi pelajar cemerlang.
o   Memberi motivasi untuk meningkatkan kesedaran para pelajar agar berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan.
o   Berkongsi ilmu bijak belajar.
o   Berkongsi cara penyusunan jadual belajar.
o   Memaparkan video-video motivasi untuk meningkatkan motivasi pelajar.

Ucapan alu-aluan Pn Pengetua SMK Taman Sutera, Pn Rogayah Binti Mohamed.
o   Memberi penerangan kepada pelajar tentang tujuan program dilaksanakan.
o   Menyatakan harapan sekolah dalam kejayaan para pelajar PMR 2011.
o   Memohon kerjasama daripada hadirin yang hadir untuk sama-sama memberi sokongan kepada anak-anak mereka.

                 Ucapan En Mohamed Ali Hanapiah Bin Mohamed Nor, YDP PIBG SMK Taman Sutera.
o   Mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir.
o   Mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menganjurkan program tersebut untuk meningkatkan motivasi pelajar.

      Ikrar akujanji pelajar PMR 2011.
o   Ikrar pelajar PMR diketuai oleh Master Jonathan Anak Jafaro (3S1)
o   Setiap pelajar diminta membaca dengan teliti borang ikrar yang telah disediakan, mengisi gred yang boleh dicapai dalam peperiksaan PMR bagi setiap matapelajaran seterusnya menandatangani borang ikrar tersebut.
o   Ibu bapa yang hadir juga diminta menandatangani borang untuk anak masing-masing.
o   Janji yang ditandatangani terutamanya di hadapan ibu bapa perlu ditunaikan dengan sedaya upaya.
o   Para pelajar berjumpa ibu bapa dan bersalaman sebelum pulang bersama ibu bapa masing-masing.

Aktiviti yang dijalankan untuk Program Motivasi SPM
                  Pendaftaran Peperiksaan SPM 2011
o   Pendaftaran SPM diketuai oleh setiausaha SPM, Cik Norhazwani Binti Hashim dan Cik Nur Syaira Binti Abu Bakar.
o   Setiap kelas dibimbing oleh guru tingkatan asing-masing.
o   Setiap pelajar mengisi borang pendaftaran dan menyerahkan salinan kad pengenalan untuk pendaftaran. 

Ceramah Motivasi SPM oleh En Mohd Shah daripada Meps Capital.
o   Memberikan tips-tips menjadi pelajar cemerlang.
o   Memberi motivasi untuk meningkatkan kesedaran para pelajar agar berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan.
o   Berkongsi ilmu membuang pemikiran negatif dalam diri.

      Ucapan alu-aluan Pn Pengetua SMK Taman Sutera, Pn Rogayah Binti Mohamed.
o   Memberi penerangan kepada pelajar tentang tujuan program dilaksanakan.
o   Menyatakan harapan sekolah dalam kejayaan para pelajar SPM 2011.
o   Memohon kerjasama daripada hadirin yang hadir untuk sama-sama memberi sokongan kepada anak-anak mereka.

      Ikrar akujanji pelajar SPM 2011.
o   Ikrar pelajar SPM diketuai oleh Chen Jie Min, 5SN1
o   Setiap pelajar diminta membaca dengan teliti borang ikrar yang telah disediakan, mengisi gred yang boleh dicapai dalam peperiksaan SPM bagi setiap matapelajaran seterusnya menandatangani borang ikrar tersebut.
o   Ibu bapa yang hadir juga diminta menandatangani borang untuk anak masing-masing.
o   Janji yang ditandatangani terutamanya di hadapan ibu bapa perlu ditunaikan dengan sedaya upaya.
o   Para pelajar berjumpa ibu bapa dan bersalaman sebelum pulang bersama ibu bapa masing-masing.

Semoga dengan terlaksananya program ini, semua calon PMR dan SPM 2011 akan mendapat input sebagai permulaan untuk melangkah ke puncak kejayaan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada kalian, tiadalah kejayaan anak-anak didik warga SMK Taman Sutera.

Sedikit makluman berkaitan program motivasi fasa 2. Program ini akan dijalankan pada 17 - 19 Jun 2011 bertempat di Training Centre SAJ, Pasir Gudang. Penyertaan dibuka sebanyak 80 orang kepada semua pelajar PMR dan SPM 2011.

APABILA ANDA MENGUBAH PEMIKIRAN ANDA, Anda mengubah kepercayaan anda
Apabila anda mengubah kepercayaan anda, Anda mengubah jangkaan anda
Apabila anda mengubah jangkaan anda, Anda mengubah sikap anda
Apabila anda mengubah sikap anda, Anda mengibah tabiat anda
Apabila anda mengubah tabiat anda, Anda mengubah prestasi anda
Apabila anda mengubah prestasi anda, ANDA MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA

No comments:

Post a Comment