Wednesday, May 25, 2011

PERSEDIAAN CUTI SEKOLAH....



Cuti Datang Lagi...

Cuti sekolah adalah saat yang paling dinantikan oleh semua yang bergelar murid sekolah, tak kurang juga guru-guru yang mengajar di sekolah. Cuti pertengahan penggal akan bermula pada 28 Mei 2011 hingga 12 Jun 2011. Kalau dikira-kira, lama juga sekolah bercuti. Sudah pasti semua orang sudah merancang percutian bersama keluarga. Walau apa pun rancangan anda, SELAMAT BERCUTI saya ucapkan.

-Kepada Yang Bergelar Murid-
Perlu diingat, cuti sekolah bukanlah waktu 'honeymoon'. Untuk calon PMR dan SPM SMK Taman Sutera, diharapkan anda dapat mematuhi jadual kelas tambahan yang perlu anda hadiri. Ingatlah pengorbanan cikgu yang sanggup bertugas di waktu cuti untuk memberi ilmu kepada anda. Peperiksaan yang bakal anda hadapi semakin hari semakin hampir. Tolaklah cuti dan masa rehat anda, hitung semula berapa hari yang tinggal sebelum peperiksaan itu. Untuk yang lain, jangan lupa kerja rumah yang cikgu amanahkan. Ambillah sedikit masa cuti anda untuk belajar demi masa depan anda.

-Kepada Yang Bakal Bertukar Status-
Cuti sekolah adalah masa yang selalunya dipilih untuk mendirikan rumah tangga. Baik yang bergelar guru ataupun tidak, waktu cuti adalah waktu yang paling digemari untuk mengadakan majlis perkahwinan. Mungkin kerana mudah mengumpulkan saudara-mara yang jauh dan dekat. Mudah juga mendapatkan pertolongan daripada adik-adik dan saudara-mara kerana mereka sedang bercuti. Walau apa pun sebab yang diberi, semoga majlis yang dirancang berjalan lancar. SELAMAT PENGANTIN BARU saya ucapkan kepada guru-guru SMK Taman Sutera yang akan melangsungkan majlis perkahwinannya pada cuti sekolah nanti (Cik Norlia & Cik Nurul Syakiera). Tidak lupa juga yang baru mendirikan rumah tangga (Pn Nur Syaira). Semoga mahligai yang dibina penuh dengan keberkatan dan dilimpahi rahmat hingga akhir hayat kalian.

-Kepada Yang Perlu Bertugas Di Waktu Cuti-
Ikhlaskanlah hati dalam menjalankan tugas. Mungkin ada sesuatu yang menanti anda. Mungkin kesenangan, kebahagiaan atau apa sahaja yang menggembirakan. SELAMAT MENJALANKAN TUGAS.

- Kepada Yang Merancang Untuk 'Bercuti'-
Semoga percutian anda dipenuhi dengan kegembiraan. Perlu diingat, anda perlu sentiasa berhati-hati walau di mana anda berada (jangan lupa bawa ole-ole balik ke sekolah (",)). Paling penting, jangan lupa kembali ke sekolah semula.

SELAMAT BERCUTI UNTUK SEMUA.......




antara CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN DAN KEGEMBIRAAN ... .

SALAM UNTUK SEMUA....
Saya ada satu cerita yang ingin dikongsikan bersama. Walaupun cerita ini bukanlah satu cerita yag baru tetapi bagi saya, cerita ini menarik untuk dibaca banyak kali..

CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN ... .

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.

CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA. Lalu apa jawab KEKAYAAN, "Aduh! Maaf,CINTA!" kata KEKAYAAN. "Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini."
Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam. CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya.

"KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA. Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN. 

"KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA. Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor.Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN. CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku. Saat
itu lewatlah KESEDIHAN.

Lalu CINTA memelas, "Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu", kata CINTA. Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja... ", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya. CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatlkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA?

Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera
pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sadar, bahawa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu.

CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu. "Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu. Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA heran. "Sebab", kata orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu... ... " 

Pentingkan perkara yang paling penting dalam hidup kita...

Thursday, May 19, 2011

PELANCARAN BRIGED KOMUNITI SMKTS TAHUN 2011

Salam Sejahtera Buat Semua..
Bertemu lagi kita untuk satu lagi program. Program ini bukan dianjurkan oleh UBK SMKTS tetapi, salah seorang AJK yang dilantik adalah Guru Bimbingan Dan Kaunseling SMKTS. Justeru, tidak salah rasanya jika dikongsi bersama di sini.

Nama Program:
PELANCARAN BRIGED KOMUNITI SMKTS TAHUN 2011

Tarikh:
19 MEI 2011

Masa:
7.30am - 8.50am

Tempat:
DEWAN SMKTS

Sasaran:
Pelajar tingkatan peralihan, 1, 2 dan 3
Guru mata pelajaran kelas terlibat
Ahli jawatankuasa yang dilantik

Harapan Penubuhan:
1. Kadar ponteng sekolah dapat dikurangkan.
2. Menerangkan tindakan yang boleh diambil oleh masyarakat setempat jika terserempak dengan pelajar ponteng.
3. Mengharapkan kerelaan orang awam setempat dalam membantu mengesan pelajar ponteng sekolah.
4. Sokongan dan kepercayaan masyarakat setempat terhadap pihak sekolah meningkat.

Fokus utama penubuhan jawatankuasa ini bukanlah sahaja tertumpu kepada masalah ponteng sekolah, tetapi juga meliputi masalah-masalah disipln lain yang boleh dibantu oleh masyarakat setempat seperti vendalisme, melepak dan sebagainya.

Aktiviti yang dijalankan:
1. Ucapan alu-aluan pengetua, Pn Rogayah Binti Mohamed
2. Ucapan dan nasihat Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah, Sjn Jemaat Bin Dahlan
3. Ucapan perasmian oleh YDP PIBG, En Hamzah Bin Mohd Yusoff
4. Pelaksanaan gimik pelancaran - membaiki kerusi dan meja kayu pelajar yang rosak (oleh AJK Briged Komuniti dan dibantu oleh pelajar lelaki 1S1 di bawah bimbingan En Mohd Faiz Bin Ikhlas)

Apa itu BRIGED KOMUNITI?
Pengertian ini adalah sekadar perkongsian bersama (bukanlah satu kajian) agar pembaca semua memahami apakah yang dimaksudkan dengan Briged Komuniti. Briged Komuniti bermaksud satu pasukan masyarakat yang menyokong usaha pihak sekolah dalam melaksanakan sesuatu perkara yang menuju ke arah kebaikan bersama antara warga sekolah dengan penduduk setempat.

Diharapkan dengan terlaksananya pelancaran ini, kerjasama antara pihak sekolah dengan penduduk setempat akan lebih erat lagi. Seterusnya, dapat melahirkan modal insan yang lebih cemerlang dalam semua bidang.

Akhir sekali, mari kita lihat apa yang berlaku sepanjang pelancaran Briged Komuniti SMK Taman Sutera Tahun 2011.

 Sebelum Majlis Bermula

 Pengacara Majlis

 Barisan VIP

 Bacaan Doa

 Ucapan Pengetua SMKTS

 Ucapan dan Amanat Penolong Pengawai Perhubungan Sekolah

 Ucapan Perasmian YDP PIBG


 Para Pelajar Yang Hadir

 Anggota RELA



 Guru-guru Yang Terlibat









Pelaksanaan Gimik

*Pembetulan tarikh pada gambar : tarikh sebenar adalah 19 Mei 2011*

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN PELANCARAN BRIGED KOMUNITI SMK TAMAN SUTERA TAHUN 2011

Tuesday, May 10, 2011

TAHNIAH!!

Pada tahun 2010, SMK Taman Sutera telah berjaya melahirkan pelajar cemerlang PMR dan SPM.
Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya meningkatkan nama sekolah.
Sama-samalah kita berusaha agar kejayaan yang lebih besar lagi akan kita capai pada tahun 2011 ini.

* Kesilapan gambar Yong Zi Xin. Kesilapan amatlah dikesali *

 PEMBETULAN : MENCAPAI ETR PERATUSAN CEMERLANG


Tahniah juga kepada para pelajar SPM 2010 yang berjaya melanjutkan pelajaran. Bagi yang masih mencari peluang, teruskan usaha anda.
Semoga kejayaan sentiasa bersama kalian.

Friday, May 6, 2011

MINGGU PEPERIKSAAN...


Peperiksaan menjelma lagi...
Sudahkah anda bersedia untuk menghadapinya? Jika belum, anda perlu mengambil tindakan dari SEKARANG..

"MASA itu PEDANG, jika anda tidak memotong, anda akan dipotong"
Pernahkah anda mendengar kata-kata ini? Jika belum pernah, hari ini anda mendengarnya.

Sekarang bukan masanya untuk berfoya-foya, meninggalkan buku untuk hari esok. Masa sangat mencemburui anda. Jika anda menghargainya, anda akan merasakan manfaatnya. Tetapi, jika anda mengabaikannya, anda akan merasakan kerugiannya.

Oleh itu,,
- Pastikan anda bersedia fizikal dan mental untuk menghadapi peperiksaan.
- Lakukan ulangkaji bagi setiap mata pelajaran DARI SEKARANG.
- Rujuk guru mata pelajaran jika ada tajuk yang tidak difahami.
- Pastikan anda tahu dan mempunyai jadual waktu peperiksaan.
- Kurangkan waktu bermain, berfacebook, bertwitter dan yang sewaktu dengannya.

Tiada yang dapat mengubah anda melainkan anda sendiri ingin berubah.

Kejayaan berada di hadapan anda, lakukanlah sesuatu untuk mencapainya. Jangan biarkan kejayaan itu lari meninggalkan anda.

SEMOGA BERJAYA


"JIKA ANDA GAGAL UNTUK MERANCANG, BERMAKNA ANDA MERANCANG UNTUK GAGAL"



"ANDA BOLEH LAKUKAN!!"